***Budaya Kampung***
Yang ber-uang-lah yang bisa
Berniaga
dengan pelanggan ber-uang adalah sangat menguntungkan kerana mereka mampu
membeli lebih banyak pada kualiti yang lebih baik dan dengan membayar harga
yang lebih tinggi.
Salah
satu aspek yang perlu diberikan perhatian apabila kita hendak memasuki pasaran
orang kaya adalah isu budaya.
Orang
yang mempunyai banyak uang mampu memilih, manakala orang yang tiada ber-uang
tidak mampu memilih. Hak memilih adalah hak orang yang ber-uang. Semakin banyak
uang yang kita miliki semakin banyak pilihan yang terbentang di hadapan kita.
Orang
kaya juga mampu melayan karena citarasa mereka masing-masing, manakala orang
miskin tidak mampu melakukannya. Citarasa adalah luksuri (luxury) yang hanya
mampu dimiliki dengan uang yang banyak.
Pekerja-pekerja
yang mempunyai interaksi secara direct dengan pelanggan kita adalah mereka yang
menjaga kaunter pembayaran, promoter di rak-rak pameran, pelayan restoran dan
seumpama itu.
Dalam
organisasi, pekerja kategori itu lazimnya tidak datang daripada anak-anak
keluarga kaya. Malah majoritinya datang dari kampung ataupun pekan-pekan kecil
di luar bandar.
Dari satu
segi mereka perlu memberikan perkhidmatan yang memenuhi citarasa pelanggan
kaya, tetapi dari satu segi lain mereka sendiri tidak datang daripada golongan
kaya.
Majoriti pekerja yang ditugaskan di
kaunter perkhidmatan pelanggan adalah berasal daripada latar belakang budaya
kampung. Budaya kampung bukan budaya masyarakat kaya raya. Akibatnya, mereka
menjalankan tugas melayan karena pelanggan kaya raya dengan menggunakan
unsur-unsur budaya kampung.
0 comments:
Post a Comment